Rabu, 05 Februari 2014

Mahasiswa GM 13 akan kembali ke Pekan untuk kempen fasa ke 2

(Ruqayya Rahman)
KUALA LUMPUR 16 FEB: Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) akan kembali berkempen di Parlimen Pekan walaupun menerima gangguan dari samseng Umno, kata Pengerusinya, Syis Abdul Kader

Tanpa menyebut tarikh secara tepat, beliau menyifatkan kepulangan mahasiswa dari Pekan semalam sebagai persediaan untuk mengatur strategi fasa kedua pilihan raya di parlimen berkenaan.
“Umno BN guna politik samseng, jadi kami putuskan untuk kembali ke Lembah Klang dan bincang secara serius strategi hadapi politik tak matang ini” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
slMenegaskan bertumbuk dan berparang bukan budaya Islam, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya itu, berkata mereka juga membuat penerangan kejadian yang berlaku di Pekan melalui hebahan media internet dan risalah.
“Kami datang dengan politik idea sebagai menghormati kemurnian perlembagaan dan demokrasi parlimen yang mungkin Perdana Menteri terlupa ajar pada anak buahnya di Pekan.

“GM13 komited mendapatkan sokongan rakyat bagi membantu mahasiswa pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Timbalan Presiden Angkatan Mahasiswa Peduli (AKSI), Ekhsan Bukhari yang menjadi mangsa pertama dibelasah samseng Umno 12 Febuari lalu menganggap cabaran sepanjang berada di Pekan, berguna untuk rangka kempen fasa kedua.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga kejadian serangan samseng Umno dalam tempoh empat empat hari ketika kumpulan GM13 mengedar risalah kepada penduduk sekitar Parlimen Pekan yang disandang Datuk Seri Najib Razak.

Antaranya, beberapa mahasiwa dibelasah dan diancam dengan parang manakala beberapa samseng Umno menarik baju dan tudung mahasiswi tetapi tiada tangkapan dibuat sekalipun laporan polis dibuat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/


0 komentar:

Posting Komentar

 

Copyright © Agus Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger